KRONOLOGI MENCAPAI KEMERDEKAAN
|
|
27 Julai 1955
Pilihan raya Persekutuan pertama diadakan. (UMNO telah
mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan
MIC (ditubuhkan pada Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi
pilihan raya tersebut.
1O Ogos 1955
Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama
dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India.
18 Januari – 6 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan
merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di London.
8 Februari 1956
Perjanjian Merdeka telah dimeterai dengan
menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu.
20 Februari 1956
Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan
Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.
21 Mac 1956
Suruhanjaya Perlembagaan Reid, sebuah suruhanjaya
bebas telah dibentuk untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.
28 – 29 Disember 1956
Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan
isu pemberontakan komunis. Lalu, Rundingan Baling diadakan pada 28-29
Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).
30 Ogos 1957
Detik 12.00 tengah malam, bendera Union Jack
diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad dan diganti dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu tanda negara mencapai kemerdekaan.
31 Ogos 1957
Pengisytiharan kemerdekaan oleh Tunku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
|