RUMUSAN

Tanah Melayu akhirnya berjaya memperoleh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 setelah dijajah oleh kuasa-kuasa asing selama 446 tahun. Kemerdekaan bererti tamatnya tempoh penjajahan di Tanah Melayu dan rakyat boleh memerintah mengikut corak kehidupan mereka sendiri tanpa terikat lagi kepada kuasa asing. Kemerdekaan yang diperolehi adalah melalui proses perundingan dengan pihak Inggeris. Orang Melayu pula telah menunjukkan tolak ansurnya yang paling maksimum sehingga mengorbankan hak ketuanan mereka di bumi sendiri. Walau bagaimanapun, orang Melayu telah tidak dapat menahankan konsepjus soli yang ditentang mereka sejak penubuhan Malayan Union lagi. Dari tempoh 31 Ogos 1957 sehingga 31 Ogos 1958 kaum-kaum bukan Melayu telah diberikan pengecualian perlunya mengetahui bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ini merupakan satu kelonggaran yang istimewa untuk tempoh satu tahun. Ia bolehlah dianggap sebagai satu hadiah atau pengecualian yang istimewa kepada kaum bukan Melayu. Dalam tempoh setahun ini jugalah MCA telah menjalankan kempen berhabis-habisan hingga lebih daripada 800,000 orang bukan Melayu telah menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu secara automatik.